Sejarah Sekolah & Asrama

Tutup

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali
Center
Lencana SMK Raja Ali
Alamat Malaysia Km.8 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Telefon03 62589387
Faksimili03 62523141
KlasifikasiSekolah Menengah KebangsaanSekolah Kerajaan
MotoBerdisiplin, Berilmu, Berbakti
Slogan-
Kod SekolahWEA0202
PengetuaPuan Fatimah binti Abu Bakar
Penolong Kanan AkademikPuan Norsiah binti Yahya
Penolong Kanan Hal Ehwal PelajarPn Saidatul Sahariah Bt Sanusi
Penolong Kanan KokurikulumEn Muhammad Asri B Husin
Tahun dirasmikan7 Julai 1980
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km.8 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali memiliki 851 pelajar lelaki dan 728 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1579 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah kebangsaan Raja Ali (sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu ) merupakan salah sebuah sekolah daripada 96 buah sekolah menengah yang terdapat di Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur .
Ia terletak di Km. 8 Jalam Ipoh , Kuala Lumpur . Gred sekolah ini ialah gred A dan ia merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan .
Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Batu ditubuhkan pada tahun 1969 . Bagaimanapun pelajar-pelajar telah diambil lebih awal iaitu pada tahun 1967-1968 dan ditumpangkan di tiga buah sekolah rendah iaitu
  • Sekolah Rendah Kampung Batu
  • Sekolah Rendah Sentul
  • Sekolah rendah Kuang
Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha seorang guru , En. Zainudin Hj. Lapok dan beberapa orang rakan-rakannya serta sokongan yang diberikan oleh UMNO Kampung Batu yang diketuai oleh En. Abd. Wahab Idris . Akhirnya pihak kementerian bersetuju menubuhkan
sekolah ini .
Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pendidikan , di mana ramai pelajar di kawasan Kampung Batu terpaksa bersekolah di sekolah yang jauh . Untuk memenuhi keperluan ini , pelajar-pelajar diambil lebih awal dan ditumpangkan di tiga buah sekolah yang tersebut di atas . Pada akhir tahun 1968 , sekolah ini telah siap dibina . Pelajar-pelajar yang ditumpangkan telah dipindahkan ke sekolah ini pada 21 Januari 1969.
Pada 7 Julai 1980 , Sekolah Kebangsaan Kampung Batu ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali atau ringkasnya SEMERA . Perasmian dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Tan Sri Yaakob Bin Abd. Latif .
Nama sekolah ini diambil sempena nama Raja Ali bin Raja Jaafar iaitu tokoh tempatan dan Penghulu Mukim Batu yang pertama yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan di awal 1927-1930.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali
Km.8 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Telefon = 03 62589387
Fax = 03 62523141




SEJARAH ASRAMA 

ASRAMA PUTERI INI DITUBUHKAN PADA 1995. BANGUNAN ASRAMA INI TERDIRI DARIPADA SATU BLOK 3 TINGKAT. TERDAPAT BEBERAPA JENIS PRASARANA YANG DISEDIAKAN.
ANTARANYA :
    1. 6 BUAH DORM
        -AISYAH
        -ASMA'
        -MASYITAH
        -RABIATUL ADAWIYAH
        -SITI HAJAR
        -SUMAYYAH
    2. PEJABAT PENYELIA
    3. PEJABAT WARDEN
    4. BILIK PERSEDIAAN BELAJAR
    5. MUSOLLA
    6. BILIK KESIHATAN
    7. TANDAS DAN BILIK AIR
    8. AMPAIAN BERBUMBUNG
    KAPASITI YANG DIPERUNTUKKAN BAGI PENGHUNI ASRAMA INI HANYALAH 100 ORANG.MEMANDANGKAN TERDAPAT SAMBUTAN YANG BAIK DAN BILANGAN PELAJAR YANG BERMINAT MENGAMBIL ALIRAN KAA MENINGKAT,KEPERLUAN KAPASITI DITAMBAH BILANGAN SEBANYAK 112 ORANG PADA TAHUN 2014. 
    JUMLAH PENGHUNI ASRAMA SEJAK TAHUN PENUBUHAN HINGGA TAHUN 2018 IALAH SERAMAI 2598 ORANG

No comments:

Post a Comment